LUKAS 18:15-17
LUKAS 18:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada anak-anak itu dan memberkati mereka. Ketika pengikut Yesus nampak hal itu, mereka menegur orang di situ. Tetapi Yesus memanggil anak-anak itu lalu berkata, “Biarlah anak-anak datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang semacam inilah yang akan menikmati Pemerintahan Allah. Ingatlah! Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Allah seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya.”
LUKAS 18:15-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dibawa ulih marika itu kanak kanak pun, supaya dijamahnya akan dia, tŭtapi apabila dilihat ulih murid muridnya itu, ditŭngkinglah ulih marika itu akan dia. Tŭtapi dipanggil Isa akan marika itu kapadanya, sŭrta katanya, Biarkanlah kanak kanak datang kapadaku, maka janganlah dilarangkan dia, kŭrna sŭbagienya itulah krajaan Allah. Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang tiada akan mŭnŭrima krajaan Allah spŭrti sa’orang kanak kanak, maka orang itu skali kali tiada bulih masok kŭdalamnya.
LUKAS 18:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang membawa anak mereka kepada Yesus supaya Dia memberkati mereka. Tetapi apabila murid-murid Yesus melihat hal ini, mereka menegur orang itu. Namun Yesus memanggil kanak-kanak itu datang kepada-Nya lalu Dia berkata, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya.”