LUKAS 15:1-10

LUKAS 15:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

Pada suatu hari banyak pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat datang mendengar Yesus. Lalu orang Farisi dan guru Taurat mula bersungut-sungut. Mereka berkata, “Lihatlah, orang ini menyambut orang yang dihina masyarakat, bahkan makan bersama-sama mereka!” Oleh itu Yesus menceritakan perumpamaan ini, “Andaikata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat. Apabila dia menjumpai domba itu, dia memikulnya pada bahu. Dengan sukacita dia membawa domba itu pulang. Setelah itu dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, ‘Marilah kita bergembira! Dombaku yang hilang sudah aku jumpai semula!’ Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat.” “Atau andaikata seorang wanita mempunyai sepuluh keping wang perak, lalu kehilangan sekeping, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasang pelita, menyapu rumah lalu mencari wang itu dengan teliti sehingga dapat. Apabila dia menjumpai mata wang itu, dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, ‘Mari kita bergembira! Wangku yang hilang sudah aku jumpai semula!’ Percayalah, malaikat Allah juga bersukacita apabila seorang berdosa bertaubat.”

LUKAS 15:1-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

SŬTLAH itu maka sagala orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang bŭrdosa datanglah hampir kapadanya, akan mŭnŭngar pŭrkataannya itu. Maka khatib khatib, dan orang orang Farisia itu pun bŭrsungotlah, katanya, Orang ini mŭnŭrima orang yang bŭrdosa itu, sŭrta iya makan bŭrsama sama dŭngan dia. ¶ Maka Isa pun bŭrkatalah kapada marika itu pŭrumpamaan ini. Katanya, Siapakah deri pada kamu yang ada sa’ratus ekor kambing, jikalau iya hilang sa’ekor deripadanya, tiadakah iya mŭninggalkan sŭmbilan puloh sŭmbilan ekor itu dipadang, maka iya pŭrgi mŭnchari yang hilang itu sampielah didapatinya akan dia. Maka apabila didapatinya akan dia, dibuboh dibahunya dŭngan suka chitanya. Maka apabila datanglah iya kŭrumah, dipanggilnyalah sagala sahabatnya, dan orang orang sa’kampongnya, katanya kapadanya, Bŭrsukalah bŭrsama sama dŭngan aku, kŭrna aku tŭlah mŭndapat kambingku yang tŭlah hilang itu. Aku bŭrkata kapadamu, dŭmkianlah adanya kŭsukaan itu dalam shorga, apabila sa’orang orang bŭrdosa itu bŭrtaubat tŭrlebih pula deripada sŭmbilan puloh sŭmbilan orang bŭnar itu yang tiada bŭrguna bŭrtaubat. ¶ Atau pŭrampuan manakah yang ada kapadanya sa’puloh kŭping wang perak, maka jikalau iya hilang satu kŭping, bukankah dipasangnya lilin, dan disapunya rumah dŭngan rajin, dicharinya sampie dapat? Maka apabila didapatinya, dipanggilnya sahabat sahabatnya, sŭrta orang orang sa’kampongnya bŭrsama sama, katanya, Bŭrsuka sukalah dŭngan aku, kŭrna aku tŭlah mŭndapat wangku yang hilang itu. Dŭmkianlah aku bŭrkata kapadamu, adalah kŭsukaan dihadapan mŭliekat mŭliekat Tuhan, apabila sa’orang bŭrdosa itu bŭrtaubat.

LUKAS 15:1-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Pada suatu hari semua pemungut cukai dan orang yang berdosa datang mendengar Yesus. Orang Farisi dan ahli-ahli Taurat bersungut-sungut, “Orang ini menyambut orang berdosa dan makan bersama mereka.” Yesus pun mengatakan ibarat ini kepada mereka. “Jika seorang antara kamu mempunyai seratus ekor domba lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba di padang lalu pergi mencari domba yang hilang itu sehingga ditemukannya. Setelah dia menemukannya, dia memikul domba itu di atas bahunya. Setibanya di rumah, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya lalu berkata, ‘Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan domba aku yang hilang itu.’ Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalah kegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembilan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlu bertaubat.” “Atau seandainya seorang perempuan yang mempunyai sepuluh keping wang perak kehilangan sekeping, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasang pelita lalu menyapu rumah dan mencari dengan cermat sehingga dia menemukannya kembali. Setelah itu, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya dan berkata, ‘Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan sekeping wang yang hilang itu.’ Aku berkata kepadamu bahawa malaikat-malaikat Allah bergembira kerana seorang yang berdosa bertaubat.”

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami