LUKAS 14:25-33
LUKAS 14:25-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang ramai sedang mengiringi Yesus apabila Dia berpaling dan berkata kepada mereka: “Jika seseorang datang kepada-Ku dan dia lebih mengasihi ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya, adik-beradiknya dan nyawanya, dia tidak boleh menjadi murid-Ku. Sesiapa yang tidak memikul salibnya dan mengikut-Ku tidak boleh menjadi murid-Ku. Jika seseorang antara kamu ingin membina sebuah menara, dia akan terlebih dahulu duduk dan menganggarkan perbelanjaannya untuk memastikan sama ada dia mempunyai wang yang cukup untuk menyiapkan pembinaan itu. Jika dia sudah meletakkan asas menara itu, tetapi tidak dapat menyiapkan pembinaannya, semua orang yang melihat hal itu akan mengejeknya. ‘Orang ini telah memulakan pembinaan itu, tetapi tidak dapat pula menyiapkannya.’ Jika seorang raja yang mempunyai sepuluh ribu orang askar hendak keluar berperang dengan raja lain yang membawa dua puluh ribu orang askar untuk menyerangnya, dia akan mempertimbangkan dahulu sama ada dia cukup kuat untuk menentang raja tersebut. Kalau dia tidak dapat berbuat demikian, dia akan memerintah utusan-utusannya untuk bertanyakan syarat-syarat perdamaian semasa musuhnya masih jauh lagi. Begitu juga sesiapa antara kamu yang tidak meninggalkan segala miliknya, tidak boleh menjadi murid-Ku.”
LUKAS 14:25-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang ramai berjalan bersama-sama Yesus; Dia berpaling dan berkata kepada mereka, “Sesiapa yang datang kepada-Ku tetapi tidak dapat mengasihi Aku lebih daripada ibunya, bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara lelakinya, dan saudara perempuannya, bahkan dirinya sendiri, tidak dapat menjadi pengikut-Ku. Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya sendiri dan mengikut Aku, tidak dapat menjadi pengikut-Ku. Jika seorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu lalu mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu. Jika tidak, setelah meletakkan batu asasnya dia tidak dapat menyudahkan pekerjaan itu. Lalu semua orang yang melihat apa yang telah berlaku akan mentertawakan dia. Mereka akan berkata, ‘Lihatlah, orang ini memulakan kerja tetapi tidak dapat menyudahkannya!’ Jika seorang raja yang mempunyai sepuluh ribu orang askar hendak berperang dengan raja lain yang mempunyai dua puluh ribu orang askar, raja itu akan duduk terlebih dahulu lalu mempertimbangkan sama ada dia cukup kuat untuk melawan musuhnya. Jika dia tahu bahawa dia tidak kuat, dia akan mengirim utusan untuk minta berdamai, semasa musuhnya masih jauh.” Akhirnya Yesus berkata, “Demikian juga dengan kamu. Tidak seorang pun daripada kamu dapat menjadi pengikut-Ku, kecuali dia meninggalkan segala miliknya.”
LUKAS 14:25-33 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pŭrgilah banyak bŭlatantara bŭrsama sama dŭngan dia, lalu bŭrpalinglah iya, sŭraya bŭrkata kapada marika itu: Maka jikalau barang siapa datang kapadaku yang tiada mŭmbŭnchikan ibu bapanya, dan istrinya, sŭrta anak anaknya, dan saudara saudara laki laki, dan pŭrampuan, bahkan, maka jiwanya pun, maka iya itu pun tiada bulih mŭnjadi muridku. Dan barang siapa yang tiada mŭngangkat salihnya sŭrta mŭgikot aku, tiadalah bulih mŭnjadi muridku. Kŭrna siapakah diantara kamu bŭrniat handak mŭmbangunkan suatu mŭnara, tiada dudok dahulu, sŭrta mŭmikir blanjanya, kalau kalau ada chukop handak mŭnghabiskan dia. Untah barang kali sŭtlah sudah iya mŭmbuboh alas, tiada iya chakap mŭnghabiskan dia, sagala orang yang mŭlihat itu kŭlak mŭngolok olokkan dia. Katanya, Orang ini mŭmulai mŭmbangunkan rumah, tŭtapi tiada chakap mŭnghabiskan dia. Atau raja manakah handak bŭrprang mŭlawan raja lain, tiada dudok dahulu bŭrfakat, kalau kalau bulih iya dŭngan sa’puloh ribu orang itu bŭrhadapan dŭngan musohnya dua puloh ribu itu. Atau tŭngah musoh itu lagi sangat jauh, disurohkannya suloh, mŭnghandaki supaya mŭnchari jalan bŭrdamie. Dŭmkianlah juga barang siapa yang tiada mŭnyangkali sagala pŭrkara yang ada kapadanya, tiadalah bulih mŭnjadi muridku.