LUKAS 14:12-14
LUKAS 14:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus berkata pula kepada tuan rumah, “Apabila kamu menjemput orang makan siang atau makan malam, janganlah jemput sahabat, atau saudara, atau sanak keluarga, ataupun jiranmu yang kaya. Kelak mereka akan menjemput kamu pula dan dengan demikian kamu menerima balasan perbuatanmu. Tetapi apabila kamu menjamu orang, jemputlah orang miskin, orang lumpuh, orang tempang, dan orang buta. Kamu akan diberkati kerana mereka tidak dapat membalas kebaikanmu. Kebaikanmu akan dibalas oleh Allah pada waktu orang baik dibangkitkan daripada kematian.”
LUKAS 14:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Dan lagi pula kata Isa kapada orang yang dijŭmput itu, Apabila angkau mŭmbuat pŭrjamuan tŭngah hari, atau malam, janganlah angkau jŭmput akan sahabatmu, atau adek kakakmu, atau klorgamu, atau orang orang sa’kampongmu yang kaya kaya, supaya kŭlak marika itu pula mŭnjŭmput dikau, sŭrta mŭmbalas akan dikau. Tŭtapi apabila angkau mŭmbuat pŭrjamuan, panggillah akan orang orang mŭskin, dan orang burok burok, dan tempang, dan buta. Maka angkau kŭlak akan dibri bŭrkat, kŭrna marika itu tiada bulih mŭmbalas angkau, kŭrna angkau kŭlak akan dibalas pada hari dibangkitkan orang orang bŭnar.
LUKAS 14:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Yesus berkata kepada tuan rumah, “Apabila mengadakan suatu majlis makan tengah hari atau malam, janganlah jemput sahabat-sahabatmu atau adik-beradikmu atau sanak saudaramu atau jiran tetanggamu yang kaya kerana mereka akan menjemputmu pula dan itulah sahaja balasan atas perbuatanmu. Apabila mengadakan suatu jamuan, jemputlah orang miskin, orang kudung, orang tempang dan orang buta. Diberkatilah kamu kelak kerana mereka tidak dapat membalas jemputanmu, tetapi kamu akan dianugerahi Allah pada hari kebangkitan orang yang benar daripada kematian.”