LUKAS 12:1-3
LUKAS 12:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunafikan mereka. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan. Apa yang kamu ucapkan pada waktu malam akan terdengar pada siang hari dan apa yang kamu bisikkan di telinga orang di dalam bilik yang tertutup akan diumumkan dari atas rumah.”
LUKAS 12:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
HATA maka pada masa itu juga apabila banyaklah bŭlatantara itu bŭrkampong, sampielah bŭrtindeh tindeh sa’orang dŭngan sa’orang, maka dimulailah ulih Isa bŭrkata mula mula kapada murid muridnya, Handaklah kamu bŭrjaga akan ragi orang orang Farisia itu yang bŭrmunafik. Maka tiadalah juga barang sasuatu yang tŭrtutop itu, mŭlainkan iya itu kŭlak akan dinyatakan, atau yang tŭrsŭmbunyi itu kŭlak akan dikŭtahui juga. Sŭbab itu maka barang apa yang kamu bŭrkata dalam glap itu, akan didŭngar dalam trang, dan barang yang kamu tŭlah bŭrkata pada tŭlinga dalam bilek itu, iya itu akan dimashorkan diatas bumbongan rumah.
LUKAS 12:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab tidak terkira ramainya orang berkerumun, mereka pijak-memijak sesama sendiri. Yesus pun berkata, terutamanya kepada murid-murid-Nya, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, iaitu sifat munafik. Tiada sesuatu pun yang tersembunyi tidak akan dinyatakan, dan tiada sesuatu rahsia pun yang tidak akan didedahkan. Apa sahaja yang kamu katakan secara rahsia akan didengar secara terang-terang, dan apa yang kamu bisikkan di dalam bilik tertutup akan diumumkan dari atas bumbung.”