LUKAS 10:33-37
LUKAS 10:33-37 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi seorang Samaria yang sedang lalu di situ, tiba di tempat orang itu terbaring. Ketika dia melihat orang itu, hatinya penuh belas kasihan. Maka dia mendekatinya lalu membersihkan luka-lukanya dengan wain dan mengubatinya dengan minyak. Selepas itu dia membalut luka-lukanya dan menaikkan orang itu ke atas haiwan tunggangannya sendiri. Dia membawa orang itu ke rumah tumpangan dan merawat dia di situ. Keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang perak kepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata kepadanya, ‘Rawatlah dia, dan sekiranya wang ini tidak cukup, saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.’ ” Lalu Yesus mengakhiri ceritanya dengan bertanya, “Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompak itu?” Guru Taurat itu menjawab, “Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.” Yesus berkata pula, “Pergilah dan berbuatlah demikian!”

LUKAS 10:33-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi sa’orang Samaritan anu, tŭngah iya bŭrjalan, datanglah iya katŭmpat orang itu, maka apabila dilihatnya akan dia, kasihanlah iya akan dia. Maka pŭrgilah iya kapadanya, lalu dibungkusnya lukanya, dituangnya minyak dan ayer anggor, sŭrta dinaikkannya akan dia ka’atas kaindraannya, lalu dibawanya kapada tŭmpat singgah, dan dipliharakannya akan dia. Maka pada esoknya apa bila kŭmbalilah iya, maka dikluarkannya dua dinar, lalu dibrikannya kapada orang tŭmpat singgah itu, sambil bŭrkata kapadanya, pliharakanlah baik baik akan dia, barang apa yang kamu blanjakan lebih, apabila aku datang kŭmbali, aku kŭlak mŭmbayar kapadamu. Skarang pada sangkamu, yang manakah diantara tiga orang ini, orang samanya manusia dŭngan orang yang kŭna samun itu? Maka jawabnya, Orang yang mŭngunjokkan kasihan kapadanya itulah. Maka kumdian kata Isa kapadanya, Pŭrgilah kamu pun bŭrbuat dŭmkian.
LUKAS 10:33-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi, seorang bangsa Samaria juga lalu di tempat itu dalam perjalanannya. Dia melihat si malang itu dan hatinya dipenuhi dengan belas kasihan. Dia menghampiri si malang itu lalu membersihkan luka-lukanya dengan air anggur dan minyak serta membalut luka itu. Kemudian, dia menaikkan si malang itu ke atas keldai tunggangannya dan membawanya ke rumah tumpangan untuk terus merawatinya di situ. Pada keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang dinar kepada tuan rumah tumpangan untuk perbelanjaan si malang itu sambil berkata, ‘Jagalah dia dan sekiranya wang ini tidak cukup untuknya, aku akan membayarnya apabila aku datang kembali.’ ” Yesus berkata, “Antara tiga orang itu, siapakah pada pandangan kamu menjadi sesama manusia kepada orang yang dirompak oleh penyamun?” Ahli Taurat itu menjawab, “Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.” Yesus berkata, “Pergi dan berbuatlah sedemikian.”