IMAMAT 19:33-37
IMAMAT 19:33-37 Alkitab Berita Baik (BM)
Jangan tindas orang asing yang tinggal di negeri kamu. Perlakukanlah mereka seperti kamu memperlakukan orang kamu sendiri, dan kasihilah mereka seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri. Ingatlah bahawa kamu pun pernah hidup sebagai orang asing di negeri Mesir. Akulah TUHAN, Allah kamu. Jangan tipu sesiapa pun dengan menggunakan ukuran, timbangan, atau sukatan yang salah. Gunakanlah neraca, timbangan, dan ukuran yang betul. Akulah TUHAN, Allah kamu; Aku sudah membawa kamu keluar dari negeri Mesir. Patuhilah hukum dan perintah-Ku; Akulah TUHAN.”
IMAMAT 19:33-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika seorang warga asing tinggal dalam kalangan kamu di negerimu, jangan kamu tindas dia. Sebaliknya, hendaklah kamu menganggap pendatang yang tinggal dalam kalangan kamu itu sebagai warga asal sepertimu. Kasihilah dia seperti dirimu sendiri, kerana kamu pun dahulu pendatang di Tanah Mesir. Akulah TUHAN, Allahmu. Jangan berlaku curang dalam hal ukuran, dalam hal timbangan, dan dalam hal sukatan. Gunakanlah neraca yang betul, batu timbangan yang betul, efa yang betul, dan hin yang betul. Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari Tanah Mesir. Berpegang teguhlah pada segala ketetapan-Ku dan segala peraturan-Ku, dan lakukanlah semua itu. Akulah TUHAN.’ ”