IMAMAT 13:57-59
IMAMAT 13:57-59 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika kulapuk itu muncul semula, hal ini bererti kulapuk merebak lagi. Pemiliknya harus membakar benda itu. Jika kulapuk itu hilang selepas dicuci, benda itu harus dicuci lagi, lalu benda itu tahir. Inilah peraturan-peraturan tentang kulapuk pada pakaian yang dibuat daripada bulu domba atau linen, ataupun pada kain linen atau kain daripada bulu domba, ataupun pada apa sahaja yang dibuat daripada kulit. Inilah caranya untuk menentukan sama ada sesuatu benda itu tahir atau najis.
IMAMAT 13:57-59 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika kesan kotor itu muncul semula pada pakaian, benang lungsin dan pakan, atau pada barang apa-apa pun daripada kulit, itu bererti bahawa jangkitan penyakit itu berkembang. Hendaklah kamu membakar habis barang yang berkesan kotor itu. Hendaklah pakaian, benang lungsin, benang pakan, atau barang apa-apa pun daripada kulit yang sudah kamu cuci hingga tanda itu hilang itu dicuci lagi. Setelah itu, barulah barang itu suci. Itulah hukum tentang jangkitan penyakit pada pakaian daripada bulu domba atau linen, pada benang lungsin, benang pakan, atau pada barang apa-apa pun daripada kulit, untuk menyatakan sama ada barang itu suci atau najis.”