IMAMAT 10:1-3
IMAMAT 10:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari Nadab dan Abihu, anak-anak Harun, membawa perbaraan masing-masing dan mengisinya dengan bara api. Mereka membubuh kemenyan ke atas bara api itu, lalu mempersembahkannya kepada TUHAN. Tetapi api itu tidak suci, kerana TUHAN tidak memerintahkan mereka untuk mempersembahkannya. Tiba-tiba TUHAN mengirim api, yang membakar mereka sehingga mati di situ juga, di dalam Khemah TUHAN. Kemudian Musa berkata kepada Harun, “Inilah yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman, ‘Semua orang yang mengabdikan diri kepada-Ku harus menghormati kesucian-Ku. Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku kepada segenap umat-Ku.’ ” Tetapi Harun diam sahaja.
IMAMAT 10:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu hari, anak Harun iaitu Nadab dan Abihu, mengambil pendupaan masing-masing lalu menyalakan api di dalamnya, dan membubuh dupa di atas api itu. Mereka mempersembahkan api haram yang tidak diperintahkan itu di hadapan TUHAN. Maka keluarlah api dari hadirat TUHAN menghanguskan mereka, sehingga mereka mati di hadapan TUHAN. Kata Musa kepada Harun, “Inilah yang difirmankan TUHAN, ‘Melalui orang yang rapat dengan-Ku, Aku akan menyatakan kesucian-Ku, dan di hadapan seluruh umat Aku akan dimuliakan.’ ” Harun pun berdiam diri.