RATAPAN 1:20-22
RATAPAN 1:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya TUHAN, lihatlah kesengsaraanku dan penderitaan batinku. Hatiku hancur kerana dosaku dahulu. Pembunuhan berlaku di jalan raya, bahkan di dalam rumah pun kematian berlaku. Dengarlah rintihanku; tiada sesiapa pun yang menghibur aku. Musuhku bersukacita kerana Engkau telah mendatangkan bencana ini kepadaku. Datangkan hari yang Engkau janjikan itu, agar musuhku menderita seperti aku. Salahkan mereka kerana segala kejahatan mereka. Hukumlah mereka sebagaimana Engkau menghukum aku kerana dosaku. Aku berkeluh-kesah kerana amat sedih hatiku.”
RATAPAN 1:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lihatlah, ya TUHAN, betapa sesaknya aku! Perutku seperti dipulas-pulas, hatiku digodak-godak di dalam dadaku kerana aku sudah sangat menderhaka. Di luar, pedang membawa hiba, di dalam, serasa ada maut. Mereka mendengar keluh-kesahku, tetapi tiada sesiapa yang menenangkan hatiku. Semua musuhku mendengar fasal geruhku, girang mereka kerana Engkau yang menimpakannya. Datangkanlah hari yang telah Kaumaklumkan itu, sehingga mereka menjadi seperti aku. Biarlah segala kejahatan mereka sampai ke hadirat-Mu. Perlakukanlah mereka seperti Engkau memperlakukan aku sehubungan dengan segala pelanggaranku. Sungguh, keluh-kesahku banyak dan hatiku lemah.”