YOSUA 6:13-16
YOSUA 6:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Keesokan harinya, Yosua bangun pagi-pagi, dan untuk kali kedua para imam dan askar mengelilingi kota itu mengikut susunan pada hari sebelumnya: mula-mula, pengawal depan; kemudian tujuh orang imam yang meniup trompet; lalu para imam yang menggotong Tabut Perjanjian TUHAN; dan akhir sekali pengawal belakang. Sepanjang masa itu trompet dibunyikan. Pada hari kedua itu, mereka berarak mengelilingi kota itu satu kali lagi, lalu kembali ke perkhemahan. Mereka berbuat demikian selama enam hari. Pada hari ketujuh, mereka bangun ketika fajar. Mereka berarak mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali dengan cara yang sama. Hanya pada hari itu, mereka berarak mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali. Pada kali ketujuh, apabila imam-imam itu hendak meniup trompet, Yosua memerintahkan orangnya berteriak, dan dia berkata, “TUHAN sudah menyerahkan kota ini kepada kamu!
YOSUA 6:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tujuh orang imam yang membawa tujuh buah sangkakala tanduk domba jantan berjalan di hadapan tabut TUHAN itu. Sambil berjalan mereka meniup sangkakala. Orang bersenjata berjalan di depan mereka dan pasukan barisan belakang mengikuti tabut TUHAN. Sementara itu sangkakala terus-menerus ditiup. Pada hari kedua mereka mengelilingi kota itu sekali lalu kembali ke perkhemahan. Hal yang demikian itu dilakukan mereka selama enam hari. Pada hari ketujuh mereka bangun pagi-pagi pada waktu fajar menyingsing, lalu mengelilingi kota itu tujuh kali dengan cara yang sama. Hanya pada hari itu sahaja mereka mengelilingi kota itu tujuh kali. Pada kali ketujuh, ketika para imam meniup sangkakala, berkatalah Yosua kepada orang Israel, “Bersoraklah kerana TUHAN telah menyerahkan kota itu kepadamu!