YOSUA 5:4-6
YOSUA 5:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila umat Israel meninggalkan Mesir, semua orang lelaki mereka memang telah disunat. Tetapi selama empat puluh tahun perjalanan mereka di gurun, tiada seorang pun anak lelaki mereka disunat. Pada akhir masa empat puluh tahun itu, semua lelaki Israel yang cukup umur untuk berperang ketika mereka meninggalkan Mesir, telah meninggal kerana mereka tidak mentaati TUHAN. TUHAN telah bersumpah bahawa mereka tidak akan dibenarkan melihat tanah yang makmur dan subur, yang telah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka.
YOSUA 5:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah alasan mengapa Yosua menyunatkan mereka: Semua lelaki antara orang yang keluar dari Mesir, iaitu semua pejuang lelaki, telah mati di gurun dalam perjalanan sesudah keluar dari Mesir. Semua orang yang keluar itu sudah disunatkan, tetapi keturunan baru yang lahir di gurun dalam perjalanan setelah keluar dari Mesir belum disunatkan. Orang Israel berjalan selama empat puluh tahun di gurun sampai seluruh pejuang bangsa yang keluar dari Mesir itu habis mati, kerana mereka tidak mematuhi TUHAN. Kepada mereka TUHAN telah bersumpah bahawa Dia tidak akan mengizinkan mereka melihat negeri yang dijanjikan TUHAN dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka untuk dikurniakan kepada kita, iaitu sebuah negeri yang berlimpah-limpah dengan susu dan madu.