YOSUA 2:21-24
YOSUA 2:21-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Rahab menyetujui hal itu lalu menyuruh mereka pergi. Setelah mereka pergi, dia mengikat tali merah itu pada tingkapnya. Pengintip-pengintip itu pergi ke kawasan perbukitan dan bersembunyi di sana. Para utusan raja mencari mereka di seluruh kawasan luar kota selama tiga hari, tetapi tidak menjumpai mereka. Oleh itu para utusan raja kembali ke kota Yerikho. Barulah pengintip-pengintip itu turun dari perbukitan, menyeberangi sungai, lalu kembali kepada Yosua. Mereka memberitahu Yosua segala yang telah berlaku kepada mereka. Kemudian mereka berkata, “Kami pasti bahawa TUHAN telah memberi kita seluruh negeri itu. Semua penduduk negeri itu takut kepada kita.”
YOSUA 2:21-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jawabnya, “Aku setuju dengan apa yang kamu katakan.” Lalu dia menyuruh mereka pergi dan mereka pun berangkat. Kemudian dia mengikatkan tali merah itu pada jendela. Pergilah dua orang itu lalu tibalah mereka di gunung. Mereka tinggal di sana selama tiga hari sampai kumpulan orang yang mengejar mereka pulang. Para pengejar itu sudah melakukan pencarian di sepanjang jalan, tetapi tidak juga menjumpai mereka. Kemudian pulanglah dua orang itu. Mereka turun dari gunung, menyeberangi sungai, lalu kembali kepada Yosua anak Nun. Kepadanya mereka menceritakan segala hal yang dialami itu. Kata mereka kepada Yosua, “Sesungguhnya, TUHAN telah menyerahkan seluruh negeri itu ke dalam tangan kita. Bahkan seluruh penduduk negeri itu gementar kerana kita.”