YOSUA 11:4-6
YOSUA 11:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Para raja tersebut maju bersama-sama seluruh bala tentera masing-masing, iaitu sejumlah besar orang yang ramainya seperti pasir di tepi laut, dengan banyak sekali kuda dan rata. Semua raja itu bersekutu lalu datang berkhemah bersama-sama dekat mata air Merom untuk berperang melawan orang Israel. Berfirmanlah TUHAN kepada Yosua, “Jangan takut menghadapi mereka. Esok, pada waktu seperti ini, Aku akan menyerahkan mereka semua kepada orang Israel dalam keadaan tewas. Potonglah urat keting kuda-kuda mereka dan bakarlah habis segala rata mereka.”
YOSUA 11:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja-raja itu datang dengan angkatan tentera mereka, yang sebanyak pasir di pantai. Mereka juga mempunyai banyak kuda dan kereta kuda. Semua raja itu bergabung dan bersama-sama datang berkhemah dekat Sungai Merom untuk berperang dengan Israel. Tetapi TUHAN berfirman kepada Yosua, “Jangan takut kepada mereka! Esok, kira-kira pada waktu ini, Aku akan membunuh mereka semua dan menyerahkan mereka kepada Israel. Pada masa itu lumpuhkanlah kuda dan bakarlah kereta kuda mereka.”