Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YOSUA 1:14-15

YOSUA 1:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)

Anak dan isteri kamu serta ternakan kamu harus tinggal di sini, tetapi askar-askar kamu harus bersedia untuk berperang. Mereka harus menyeberangi sungai lebih dahulu daripada umat Israel untuk menolong sesama bangsa kamu, sehingga mereka menakluki tanah di sebelah barat Sungai Yordan, yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada mereka. Selepas Dia memberikan keamanan kepada semua suku Israel, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah kamu sendiri, tanah yang di sebelah timur Sungai Yordan, yang diberikan oleh Musa, hamba TUHAN itu kepada kamu.”

Kongsi
Baca YOSUA 1

YOSUA 1:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Isterimu, anak-anakmu, dan ternakanmu boleh tinggal di negeri yang diberikan Musa kepadamu di seberang Sungai Yordan. Tetapi kamu, semua kesateria yang gagah perkasa, mesti menyeberang di depan para saudaramu dengan bersenjata lengkap. Kamu perlu membantu mereka sampai TUHAN mengurniakan ketenteraman kepada saudara-saudaramu seperti halnya kepadamu, dan sampai mereka menduduki negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepada mereka. Setelah itu, barulah kamu dapat kembali ke tanah milikmu dan menduduki negeri yang diberikan Musa, hamba TUHAN itu, kepadamu di seberang Sungai Yordan, di arah matahari terbit.”

Kongsi
Baca YOSUA 1
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video