YOEL 2:12-14
YOEL 2:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Tetapi sekarang bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku dengan berpuasa, menangis, dan meratap. Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan, jangan hanya mengoyakkan pakaian.” Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu. Dia penyayang dan penuh rahmat; Dia sabar dan menepati janji-Nya; Dia sentiasa sedia mengampuni dan tidak suka menghukum. Mungkin TUHAN Allah kamu akan mengubah fikiran-Nya, lalu memberkati kamu dengan hasil bumi yang banyak. Oleh itu kamu dapat mempersembahkan gandum dan wain kepada-Nya.
YOEL 2:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sekarang juga,” demikianlah firman TUHAN, “kembalilah kepada-Ku dengan seluruh hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis, dan dengan meratap.” Koyakkanlah hatimu, bukan pakaianmu, dan kembalilah kepada TUHAN, Allahmu, kerana Dia pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih-Nya, dan sentiasa mengampuni dan tidak suka menghukum. Siapa tahu Dia sudi berpaling dan berbelas kasihan, serta meninggalkan berkat, iaitu persembahan bahan makanan dan persembahan minuman bagi TUHAN, Allahmu.