Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

AYUB 13:5-12

AYUB 13:5-12 Alkitab Berita Baik (BM)

Sekiranya kamu tidak berkata apa-apa, mungkin orang berfikir kamu bijaksana! Dengarlah aku menyatakan perkaraku. Perhatikanlah pembelaanku. Bolehkah demi Allah, kamu berdusta? Bolehkah kamu berbohong demi kepentingan-Nya? Adakah kamu cuba membela Allah? Adakah kamu hendak membela perkara-Nya? Jika Allah memeriksa kamu, bolehkah Dia mendapati kebaikan pada dirimu? Dapatkah kamu menipu Allah seperti kamu menipu manusia? Walaupun prasangka kamu tersembunyi, Dia akan menghukum kamu, dan kuasa-Nya akan menakutkan kamu. Pepatah kamu seperti abu yang tidak berguna; pembelaan kamu seperti tanah liat yang mudah pecah.

Kongsi
Baca AYUB 13

AYUB 13:5-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Andai kamu berdiam diri sahaja, itu akan menjadi hikmahmu. Dengarlah pembelaanku dan perhatikanlah bantahan bibirku. Patutkah kamu berbicara tidak benar atas nama Allah, dan mengucapkan dusta bagi Dia? Apakah kamu hendak memihak kepada-Nya? Apakah kamu hendak berbantah bagi Allah? Adakah kamu akan baik-baik sahaja kalau Dia memeriksa kamu? Dapatkah kamu menipu Dia seperti menipu manusia? Pasti Dia akan menegur kamu jika kamu memihak secara sembunyi-sembunyi. Bukankah keluhuran-Nya akan membuatmu gentar, dan ketakutan terhadap-Nya akan menimpa kamu? Mana-mana peringatanmu ialah pepatah-pepatah daripada debu, pembelaan dirimu ialah pembelaan daripada tanah liat.

Kongsi
Baca AYUB 13
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video