AYUB 1:18-22
AYUB 1:18-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebelum dia habis bercakap, datang pula hamba yang lain dan berkata, “Anak-anak tuan sedang mengadakan jamuan di rumah anak lelaki sulung tuan. Tiba-tiba angin ribut yang kuat bertiup dari gurun, lalu merobohkan rumah itu dan membunuh semua anak tuan. Hanya hamba seorang yang dapat melarikan diri untuk memberitahu tuan.” Kemudian Ayub berdiri dan mengoyakkan pakaiannya kerana kesedihan. Dia mencukur rambutnya dan bersujud. Dia berkata, “Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!” Sungguhpun segala peristiwa itu telah berlaku, Ayub tidak berdosa dan tidak menyalahkan Allah.
AYUB 1:18-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika orang itu bercakap, datanglah seorang yang lain lagi dan berkata, “Anak-anak tuan, baik lelaki mahupun perempuan, sedang makan-makan dan minum air anggur di rumah abang sulung mereka. Tiba-tiba datanglah angin yang besar lagi kencang dari seberang gurun tandus menghentam keempat-empat penjuru rumah itu, lalu rumah itu pun roboh menimpa para anak muda itu sehingga mati mereka semua. Hanya hamba sendirilah yang terselamat sehingga dapat menyampaikan hal ini kepada tuan.” Maka berdirilah Ayub. Dia segera mengoyakkan jubahnya, dan mencukur rambut kepalanya lalu bersujud di tanah dan menyembah, katanya, “Dengan telanjang aku keluar daripada kandungan ibuku, dan dengan telanjang juga aku akan pergi. TUHAN yang memberikan; TUHAN yang mengambil, segala puji bagi nama TUHAN!” Dalam semua hal ini Ayub tidak berdosa atau menuduh Allah berbuat salah.