YOHANES 9:1-3 - Compare All Versions
YOHANES 9:1-3 BM (Alkitab Berita Baik)
Semasa Yesus berjalan, Dia melihat seorang yang buta sejak lahir. Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, “Guru, siapakah yang berdosa sehingga orang ini dilahirkan buta? Diakah atau ibu bapanya?” Yesus menjawab, “Orang ini buta bukan kerana dosanya sendiri ataupun dosa ibu bapanya, tetapi supaya kuasa Allah boleh dinyatakan dalam hidupnya.
YOHANES 9:1-3 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
BŬRMULA tŭtkala Isa itu lalu, maka dilihatnya sa’orang orang buta deripada mula jadinya. Maka bŭrtanyalah murid muridnya katanya, Guru, siapakah bŭrdosa, orang inikah, atau ibu bapanyakah, sŭbab iya ini dipranakkan buta? Maka sahut Isa, Bukannya orang ini bŭrdosa, dan bukannya ibu bapanya pun, mŭlainkan supaya kŭlak pŭrbuatan Allah itu dinyatakan sŭbabnya.
YOHANES 9:1-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Ketika Yesus sedang lalu di suatu tempat, Dia terpandang seorang lelaki yang buta sejak lahir. Para murid-Nya bertanya, “Rabbi, siapakah yang berdosa, orang itu atau ibu bapanya, maka dia dilahirkan buta?” Yesus menjawab, “Bukan dosa dia dan bukan juga dosa ibu bapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya.