Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YOHANES 6:66-69

YOHANES 6:66-69 Alkitab Berita Baik (BM)

Sejak itu banyak pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi. Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?” Simon Petrus berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah.”

Kongsi
Baca YOHANES 6

YOHANES 6:66-69 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Maka deripada kutika itu bŭrpalinglah banyak murid muridnya, tiadalah lagi marika itu bŭrsama sama dŭngan dia. Maka sŭbab itu bŭrkatalah Isa kapada duablas orang murid muridnya itu, Kamu orang pun handak pŭrgikah? Kutika itu maka disahut ulih Simon Petros, Tuhan, kapada siapakah kami akan pŭrgi, Tuhanlah juga yang ada pŭrkataan hidop kŭkal itu. Maka kami pŭrchayalah sŭrta dŭngan yakin, bahwasanya angkau inilah Almasih, dan Anak Allah yang hidop itu.

Kongsi
Baca YOHANES 6

YOHANES 6:66-69 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Selepas itu, ramai murid Yesus menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya. Oleh yang demikian, Yesus bertanya kepada murid-Nya yang dua belas itu, “Adakah kamu juga akan meninggalkan-Ku?” Simon Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, kepada siapa lagi akan kami pergi? Engkaulah yang memiliki kata-kata hidup yang kekal. Kami percaya sepenuh hati bahawa Engkaulah Yang Suci daripada Allah.”

Kongsi
Baca YOHANES 6
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video