YOHANES 5:17-20
YOHANES 5:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Bapa-Ku sentiasa bekerja; Aku pun harus bekerja.” Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar hukum hari Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti Dia menyamakan diri dengan Allah. Yesus menjawab mereka, “Percayalah, Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Anak. Bapa mengasihi Anak dan menunjukkan segala yang dilakukan-Nya kepada-Nya. Dia akan menyatakan perkara-perkara yang lebih besar lagi kepada Anak sehingga kamu semua hairan.
YOHANES 5:17-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka sahut Isa pada marika itu, Bahwa Ayahku lagi bŭkŭrja sampie skarang ini, maka aku pun bŭkŭrjalah juga. Arkian maka sŭbab itu makin lebihlah orang Yahudi mŭnchari jalan akan mŭmbunoh dia; bahwa bukannya sŭbab iya tŭrsalah pada hukum hari Sabtu sahja, mŭlainkan sŭbab disŭbutnya Allah akan Ayahnya, dan dijadikannya dirinya sama tara dŭngan Allah. Maka sahut Isa pada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, Tiada dapat dipŭrbuat ulih Anak itu suatu jua pun deripada sŭndirinya jikalau tiada dilihatnya Ayahnya itu bŭrbuat itu: kŭrna barang pŭrkara yang dipŭrbuat ulih Ayah maka dŭmkian juga dipŭrbuat ulih Anak pun. Kŭrna Ayah itu mŭngasihi akan Anak itu, lagi ditunjokkannya padanya sagala pŭrkara pŭrbuatannya sŭndiri, dan akan diunjokkannya padanya bŭbrapa pŭkŭrjaan yang lebih bŭsar deripada sŭmua ini, sahingga kamu kŭlak tŭrchŭngang adanya.
YOHANES 5:17-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, Yesus berkata kepada mereka, “Bapa-Ku masih bekerja hingga sekarang, maka begitulah juga Aku.” Kata-kata-Nya ini mengukuhkan lagi niat orang Yahudi hendak membunuh-Nya. Bukan sahaja Dia melanggar hukum hari Sabat, malah juga mengatakan Allah itu Bapa-Nya, iaitu menyamakan diri-Nya dengan Allah. Yesus menjawab mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, Anak tidak dapat melakukan sesuatu oleh diri-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, itulah yang dilakukan oleh Anak, kerana Bapa kasih akan Anak dan menunjukkan segala yang dilakukan-Nya kepada Anak-Nya. Bapa akan menyatakan hal-hal yang lebih besar lagi kepada Anak, sehingga kamu semua menjadi hairan.