YOHANES 19:25-30
YOHANES 19:25-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Ibu Yesus, saudara perempuan ibunya, Maria isteri Klopas, dan Maria Magdalena berdiri dekat salib itu. Yesus nampak ibu-Nya dan pengikut yang dikasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu Yesus berkata kepada ibu-Nya, “Puan, dia anak puan.” Kemudian Yesus berkata kepada pengikut itu, “Dia ibumu.” Sejak itu, ibu Yesus tinggal di rumah pengikut itu. Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukkan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. Yesus mengecapnya lalu berkata, “Sudah selesai!” Setelah itu Dia menundukkan kepala dan meninggal.
YOHANES 19:25-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka adapun dŭkat salib itu adalah bŭrdiri ibu Isa, dan saudara pŭrampuan ibunya, iya itu Mŭriam istri Kleofas, dan Mŭriam Magdalani. Adapun sŭtlah Isa mŭlihat akan ibunya, dan sa’orang murid yang dikasihinya pun bŭrdiri dŭkat, maka bŭrkata Isa kapada ibunya, Hie pŭrampuan, lihatlah anakmu. Kumdian maka bŭrkata Isa kapada sa’orang murid itu, Lihatlah ibumu; maka deripada kutika itulah diambil ulih murid itu akan pŭrampuan itu dipliharakannya akan dia dirumahnya. Bŭrmula kumdian deri pada itu, maka tŭlah dikŭtahui ulih Isa, bahwa sagala sŭsuatu tŭlah habis, supaya gŭnaplah pŭrkataan kitab, maka katanya, Aku dahaga. Maka adalah tŭrlŭtak disitu sa’buah bajan yang bŭrisi chuka; maka diisi ulih orang suatu lumot karang dŭngan chuka dibubohkannya itu pada sŭbatang gala kayu zof, lalu disampiekannya itu kŭmulot Isa. Sŭtlah sudah diminum Isa chuka itu, maka katanya, Sudahlah habis; lalu tŭrtundoklah kŭpalanya, maka putuslah nyawanya.
YOHANES 19:25-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Di tepi salib Yesus berdiri ibu-Nya, dan saudara perempuan ibu-Nya, Maria isteri Klopas, dan Maria Magdalena. Apabila Yesus melihat ibu-Nya dan murid-Nya yang dikasihi berdiri di situ, Dia pun berkata kepada ibu-Nya, “Lihat, itulah anakmu.” Kepada murid-Nya Dia berkata, “Lihatlah ibumu.” Sejak itu murid tersebut mengambil ibu Yesus sebagai ibunya dan membawanya tinggal di rumahnya. Selepas itu, Yesus mengetahui bahawa segala-galanya telah berlaku sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, lalu berkata, “Aku dahaga.” Di situ ada sebuah bekas berisi air anggur masam. Lalu mereka memenuhkan sebuah span dengan air anggur masam itu, meletakkannya di atas batang hisop dan mencecahkannya ke mulut Yesus. Setelah Yesus menerima air anggur masam itu, Dia berkata, “Sudah selesai.” Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan roh-Nya.