YOHANES 19:14-16
YOHANES 19:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Masa itu hampir pukul dua belas tengah hari, dan esok Perayaan Paska. Pilatus berkata kepada semua orang di situ, “Inilah raja kamu!” Mereka berseru, “Bunuh dia! Bunuh dia! Salibkan dia!” “Kamu mahu aku menyalib raja kamu?” tanya Pilatus. Ketua-ketua imam menjawab, “Kaisar satu-satunya raja kami!” Kemudian Pilatus menyerahkan Yesus kepada mereka untuk disalibkan. Mereka mengambil Yesus dan membawa Dia pergi.
YOHANES 19:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun pada masa itu waktu disŭdiakan orang kŭlangkapan hari raya langkah, iya itu pada kawol yang ka’anam. Maka kata Pilatus pada orang Yahudi, Lihatlah akan Rajamu. Maka bŭrsru srulah marika itu, Nyahkanlah dia, nyahkanlah dia, salibkanlah dia. Maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Aku salibkankah Raja kamu? Maka sahut kŭpala kŭpala imam, Bahwa tiadalah yang lain Raja kami, mŭlainkan Kesar juga. Sŭtlah itu maka Pilatus pun mŭnyŭrahkan Isa kapada marika itu, supaya disalibkannya akan dia.
YOHANES 19:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada waktu itu persediaan sedang dibuat untuk Perayaan Paskah, kira-kira jam keenam. Pilatus berkata kepada orang Yahudi, “Lihatlah Raja kamu!” Tetapi mereka berseru, “Bawa Dia pergi! Bawa Dia pergi! Salibkan Dia!” Pilatus berkata kepada mereka, “Adakah kamu mahu aku salib Rajamu?” Ketua-ketua imam menjawab, “Kami tidak ada raja selain Kaisar.” Oleh itu, Pilatus pun menyerahkan Yesus kepada mereka untuk disalib. Lalu mereka mengambil-Nya dan membawa-Nya pergi.