YOHANES 17:14-19
YOHANES 17:14-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku menyampaikan firman-Mu kepada mereka, lalu dunia membenci mereka kerana mereka bukan milik dunia, sebagaimana Aku pun bukan milik dunia. Aku tidak meminta Engkau mengeluarkan mereka dari dunia, tetapi Aku meminta Engkau menjaga mereka daripada Si Jahat. Sebagaimana Aku bukan milik dunia, mereka pun bukan milik dunia. Jadikanlah mereka milik-Mu yang khas melalui firman-Mu yang benar; firman-Mu selalu benar. Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus Aku ke dunia. Bagi kepentingan mereka, Aku mengabdikan diri kepada-Mu, supaya mereka pun mengabdikan diri kepada-Mu.
YOHANES 17:14-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa aku tŭlah mŭmbri pŭrkataanmu pada marika itu, maka orang dunia ini mŭmbŭnchi akan marika itu, sŭbab marika itu bukannya deripada dunia, spŭrti aku ini bukannya deripada dunia. Bahwa bukannya aku minta biar angkau mŭngambil marika itu kluar deri dunia, mŭlainkan supaya angkau pliharakan marika itu deripada yang jahat. Maka bukannya marika itu deripada dunia, spŭrti aku ini bukannya deri dunia. Maka suchikan apalah kiranya akan marika itu ulih kŭbŭnaranmu, kŭrna pŭrkataanmu itulah kŭbŭnaran adanya. Adapun spŭrti angkau tŭlah mŭnyurohkan aku datang kadunia, maka dŭmkianlah juga aku pun tŭlah mŭnyurohkan marika itu pŭrgi kapada isi dunia. Adapun sŭbab marika itu aku suchikan diriku, supaya marika itu disuchikan ulih kŭbŭnaran.
YOHANES 17:14-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Kusampaikan firman-Mu kepada mereka, dunia membenci mereka kerana mereka bukan dari dunia ini, seperti Aku juga bukan dari dunia ini. Aku tidak memohon-Mu untuk mengeluarkan mereka dari dunia ini. Aku memohon semoga Engkau melindungi mereka daripada si durjana. Sebagaimana Aku bukan dari dunia ini, begitu jugalah mereka. Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu; firman-Mu adalah kebenaran. Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus-Ku ke dunia. Demi kebaikan mereka Aku menyucikan diri-Ku supaya mereka juga disucikan dalam kebenaran.