YOHANES 10:11-15
YOHANES 10:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Seorang upahan yang bukan gembala dan bukan pemilik domba, akan lari meninggalkan kawanan domba manakala dia melihat serigala datang. Oleh itu kawanan domba akan diterkam dan dicerai-beraikan oleh serigala. Orang upahan itu lari kerana dia bekerja untuk mendapat upah. Dia tidak mempedulikan domba-domba itu. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku. Aku mengorbankan nyawa untuk mereka.
YOHANES 10:11-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa akulah gombala yang baik itu; adapun gombala yang baik itu mŭmbri jiwanya ganti domba itu. Tŭtapi orang upahan sahja yang bukan gombala bŭtul, dan bukannya pula iya ampunya domba, maka apabila iya mŭlihat sŭrigala datang, lalu ditinggalkannyalah domba itu sŭrta iya lari, maka ditangkaplah ulih sŭrigala, dan dichŭrie bŭriekannyalah domba itu. Adapun orang upahan itu larilah iya, sŭbab iya upahan sahja, tiadalah iya pŭduli akan domba itu. Akulah gombala yang baik, maka aku kŭnal akan domba dombaku, dan aku pun dikŭnal pula ulih domba dombaku. Maka spŭrti Ayah mŭngŭnal akan daku, dŭmkian juga aku mŭngŭnal akan Ayah, dan aku sŭrahkan jiwaku ganti sagala domba itu.
YOHANES 10:11-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawanya untuk kawanan dombanya. Orang upahan yang bukan gembala atau pemilik kawanan domba itu akan lari apabila melihat serigala datang. Maka serigala menerkam domba itu dan menyebabkannya lari bertempiaran. Orang upahan itu lari kerana dia bekerja semata-mata untuk mendapat upah. Dia tidak peduli akan kawanan domba itu. Akulah gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal-Ku, sebagaimana Bapa mengenal-Ku, dan Aku mengenal-Nya. Aku mengorbankan nyawa-Ku untuk domba-domba-Ku.