YOHANES 1:1-18

YOHANES 1:1-18 Alkitab Berita Baik (BM)

Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia. Firman itu sumber hidup, dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia. Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya. Seorang bernama Yohanes diutus oleh Allah. Yohanes datang untuk memberitahu orang tentang cahaya itu, supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya. Dia sendiri bukan cahaya itu; dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu. Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia. Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia. Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya. Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. Yohanes memberikan kesaksian tentang Dia. Yohanes berseru, “Inilah Dia yang aku katakan akan datang kemudian daripadaku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan.” Dia penuh kasih; Dia terus-menerus memberkati kita semua. Allah memberikan Taurat melalui Musa, tetapi melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita. Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.

YOHANES 1:1-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

MAKA bahwasanya adalah pada mula mulanya Kalimah itu, maka Kalimah itu bŭsŭrta dŭngan Allah, dan Kalimah itu Allah adanya. Adapun iya itulah pada mulanya pun bŭsŭrta dŭngan Allah. Maka sagala sŭsuatu tŭlah dijadikannya, maka dŭngan tiada iya suatu pŭrkara pun ta’jadi yang tŭlah jadi. Maka dalamnya itulah ada hidop, dan hidop itulah trang manusia adanya. Adapun trang itulah bŭrchahya chahya dalam gŭlap, tŭtapi gŭlap itu tiada mŭnŭrima akan dia. ¶ Sŭbarmula maka adalah sa’orang orang yang tŭlah disurohkan Allah, yang bŭrnama Yahya. Maka adalah iya itu datang sŭbab mŭnjadi saksi, maka iya handak mŭnjadi saksi akan trang itu, supaya sagala manusia bulih pŭrchaya ulih sŭbab dia. Bahwa bukannya dia itu sŭndiri trang itu, mŭlainkan iya disuroh supaya mŭnjadi saksi derihal trang itu adanya. Adapun iya itulah trang yang sŭbŭnarnya, yang tŭlah masok kadunia akan mŭnrangkan sagala manusia. Maka adalah iya itu dalam dunia juga, maka dunia ini tŭlah dijadikannya, tŭtapi orang dunia ini tiada mŭngŭnal akan dia. Maka adalah iya tŭlah datang kanŭgrinya sŭndiri, tŭtapi kaumnya sŭndiri itu tiada mŭnŭrima akan dia. Tŭtapi sŭbrapa orang yang tŭlah mŭnŭrima akan dia itu, sŭrta pŭrchaya pula akan namanya, maka dibrinya kwasa kapada marika itu akan mŭnjadi anak anak Allah. Maka iya itu dipranakkan bukannya deripada darah, atau deripada kahandak hawa nafsu, atau deripada kahandak manusia, mŭlainkan deripada Allah adanya. Maka adapun Kalimah itu tŭlah mŭnjadi manusia, sŭrta tinggal pula iya diantara kami, maka kita tŭlah mŭlihat kŭmuliannya, iya itu spŭrti kŭmulian Anak yang tunggal deripada Ayah itu, pŭnuhlah iya dŭngan anugrah dan kabŭnaran. ¶ Shahadan maka Yahya pun bŭrsaksilah akan dia sambil bŭrsru sru katanya, Bahwasanya inilah dia yang tŭlah kukatakan; Adapun orang yang datang kumdian deripada aku ini maka iya itu dilebihkan deripada aku, kŭrna iyalah yang tŭrdahulu deripada aku. Maka deripada kŭlempahannya, kita skalian tŭlah mŭndapat anugrah atas anugrah. Kŭrna Tauret itu tŭlah dibri ulih Musa; tŭtapi anugrah dan kŭbŭnaran itu deripada Isa Almasih. Barang bila baik, sa’orang pun bŭlom pŭrnah mŭlihat akan Allah mŭlainkan Anak yang tunggal sahja yang dipangkuan Ayah itu, iyalah yang tŭlah mŭnyatakan dia.

YOHANES 1:1-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia. Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya. Allah mengutus seorang bernama Yohanes. Dia datang untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia. Dia sendiri bukanlah cahaya itu, dia datang untuk memberikan kesaksian tentang-Nya. Itulah cahaya benar yang menerangi setiap manusia, sedang mendatangi dunia. Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya. Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya. Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya. Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah. Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran. Yohanes memberikan kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, “Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku.” Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia demi kasih kurnia; kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus. Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Dia Yang Esa, yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya.

YOHANES 1:1-18

YOHANES 1:1-18 BM