YEREMIA 45:3-4 - Compare All Versions

YEREMIA 45:3-4 BM (Alkitab Berita Baik)

engkau berkata, ‘Aku putus asa. TUHAN telah menambah kesedihan kepada kesusahanku. Aku sudah penat mengeluh. Aku tidak mendapat ketenangan.’ Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini.

YEREMIA 45:3-4 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Engkau telah berkata, ‘Malangnya aku kerana TUHAN telah menambahkan dukacita pada penderitaanku! Aku penat berkeluh-kesah dan tidak mendapat ketenteraman.’ ”  “Beginilah harus kaukatakan kepadanya, ‘Demikianlah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan meruntuhkan apa yang Kubina dan Aku akan mencabut apa yang Kutanam. Begitulah halnya di seluruh negeri itu.