YEREMIA 31:1-6
YEREMIA 31:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Pada waktu itu juga,” demikianlah firman TUHAN, “Aku akan menjadi Allah bagi seluruh kaum orang Israel dan mereka akan menjadi umat-Ku.” Beginilah firman TUHAN, “Bangsa yang terselamat daripada pedang itu mendapat rahmat di gurun. Aku akan datang untuk menenangkan Israel.” TUHAN menampakkan diri kepadaku dari jauh, firman-Nya: “Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal, sebab itu Aku menuntun engkau dengan kasih abadi. Aku akan membangunkan engkau kembali, sehingga engkau dibangunkan, wahai perawan Israel. Engkau akan menghias diri kembali dengan rebana dan akan tampil dalam tari-tarian orang yang bersuka ria. Engkau akan menanam kebun anggur kembali di gunung-gunung Samaria. Para penanam akan menanam dan akan menikmati hasilnya. Sungguh, akan datang harinya ketika para penjaga berseru di Pergunungan Efraim, ‘Mari kita pergi ke Sion, menghadap TUHAN, Allah kita.’ ”
YEREMIA 31:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku menjadi Allah kepada semua suku Israel, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dahulu di gurun Aku menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang terlepas daripada maut. Ketika umat Israel mencari ketenangan, dari jauh Aku menampakkan diri kepada mereka. Hai umat Israel, sejak dahulu Aku selalu mengasihi kamu, dan untuk seterusnya Aku akan menunjukkan bahawa Aku selalu mengasihi kamu. Aku akan mengukuhkan kedudukan kamu semula. Sekali lagi kamu akan mengambil tamburin dan menari dengan gembira. Kamu akan membuka ladang anggur di perbukitan Samaria, dan orang yang menanam anggur akan menikmati hasilnya. Sesungguhnya, akan tiba masanya apabila para pengawal kota berseru di perbukitan Efraim, ‘Mari kita naik ke Sion, kepada TUHAN, Allah kita.’ ”