YEREMIA 19:4 - Compare All Versions

YEREMIA 19:4 BM (Alkitab Berita Baik)

Aku akan melakukan hal itu kerana bangsa ini telah meninggalkan Aku. Mereka menajiskan tempat ini dengan mempersembahkan korban kepada dewa-dewa yang asing bagi mereka, nenek moyang mereka, dan raja-raja Yehuda. Mereka telah memenuhi tempat ini dengan darah orang yang tidak bersalah.

YEREMIA 19:4 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Itu terjadi kerana mereka telah meninggalkan Aku dan membuat tempat ini menjadi asing. Mereka telah membakar dupa kepada tuhan-tuhan lain yang tidak dikenal oleh mereka sendiri, oleh nenek moyang mereka, dan oleh raja-raja Yehuda. Mereka telah memenuhi tempat ini dengan darah orang yang tidak bersalah.