YEREMIA 18:7-8 - Compare All Versions

YEREMIA 18:7-8 BM (Alkitab Berita Baik)

Jika pada suatu waktu Aku mengambil keputusan untuk mencabut, meruntuhkan, atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan, tetapi kemudian bangsa itu bertaubat daripada kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu.

YEREMIA 18:7-8 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Ada kalanya Aku berfirman bahawa Aku akan mencabut, merobohkan, dan membinasakan sesuatu bangsa atau sesuatu kerajaan. Namun demikian, jika bangsa yang Kuancam itu bertaubat daripada kejahatannya, maka Aku akan menarik kembali malapetaka yang Kurancangkan bagi mereka.