YEREMIA 15:15-18
YEREMIA 15:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN, Engkau faham segala-galanya. Ingatlah akan aku dan tolonglah aku. Balaslah mereka yang menganiaya aku. Jangan bersabar terhadap mereka sehingga mereka berjaya membunuh aku. Ingatlah bahawa aku dihina kerana Engkau. Engkau berfirman kepadaku, dan aku mendengarkan setiap firman-Mu. Aku milik-Mu, ya TUHAN Allah Yang Maha Kuasa; oleh itu firman-Mu memberikan kesukaan dan kebahagiaan kepadaku. Aku tidak ikut bersuka-suka dengan orang yang berkumpul untuk bersenda gurau. Oleh sebab aku taat kepada-Mu, aku mengasingkan diri dan aku penuh dengan kemarahan. Mengapa aku terus saja menderita? Mengapa lukaku parah dan tidak sembuh-sembuh? Adakah Engkau bermaksud mengecewakan aku seperti sungai yang mengering pada musim panas?”
YEREMIA 15:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Engkau Maha Mengetahui, ya TUHAN, ingatlah dan lawatlah kiranya aku. Adakanlah pembalasan bagiku terhadap orang yang mengejar aku. Jangan cabut nyawaku, kerana Engkau panjang sabar. Ketahuilah bahawa aku menanggung celaan kerana Engkau. Ketika kudapati firman-Mu, aku menikmatinya. Firman-Mu ialah kegirangan bagiku dan kesukaan hatiku, kerana nama-Mu telah diserukan atasku ya TUHAN, Allah alam semesta. Aku tidak pernah duduk dalam kumpulan orang yang bersenda gurau atau bersuka ria. Kerana tekanan tangan-Mu aku duduk sendirian, sebab Engkau telah memenuhi aku dengan geram. Mengapa deritaku terus berlanjutan dan lukaku sangat parah, tidak mahu sembuh? Sungguh, Engkau seperti sungai yang menipu bagiku, air yang tidak dapat diharapkan.