YEREMIA 12:1 - Compare All Versions

YEREMIA 12:1 BM (Alkitab Berita Baik)

Ya TUHAN, jika aku mengemukakan perkaraku kepada-Mu, tentu akan terbukti bahawa Engkaulah yang benar. Tetapi aku harus menanyai Engkau tentang keadilan. Mengapakah orang jahat makmur? Mengapakah orang yang tidak jujur berjaya?

YEREMIA 12:1 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Engkaulah yang benar, ya TUHAN, apabila aku berbantah dengan Engkau. Namun demikian, aku ingin berbicara dengan Engkau tentang keadilan: Mengapakah hidup orang fasiq beruntung? Mengapakah semua orang yang berbuat khianat tenang sahaja?