Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YEREMIA 1:17-19

YEREMIA 1:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)

Bersiap-siaplah, hai Yeremia! Pergilah dan beritahulah mereka tentang semua yang Aku perintahkan kepadamu. Janganlah takut akan mereka, supaya Aku tidak menyebabkan engkau lebih takut lagi apabila engkau berhadapan dengan mereka kelak. Dengarlah, hai Yeremia! Engkau akan ditentang oleh semua penduduk negeri ini, iaitu raja-raja Yehuda, para pegawai pemerintah, para imam, dan rakyat. Tetapi pada hari ini Aku memberi engkau kekuatan untuk menentang mereka. Engkau akan menjadi seperti kota berkubu, seperti tiang besi, dan seperti tembok gangsa. Mereka tidak akan mengalahkan engkau, kerana Aku menyertai engkau untuk melindungi engkau. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Kongsi
Baca YEREMIA 1

YEREMIA 1:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Tetapi bersiaplah engkau! Sampaikanlah segera kepada mereka semua yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan kecut hati menghadapi mereka, supaya Aku tidak membuat engkau kecut hati di hadapan mereka. Sesungguhnya, pada hari ini Aku menjadikan engkau kota yang berkubu, tiang besi, dan tembok gangsa di hadapan seluruh negeri ini — di hadapan raja-raja Yehuda, para pembesarnya, para imamnya, dan rakyat negeri ini. Mereka akan memerangi engkau tetapi tidak akan menewaskan engkau, kerana Aku menyertai engkau dan akan membebaskan engkau,” demikianlah firman TUHAN.

Kongsi
Baca YEREMIA 1
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video