Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

HAKIM-HAKIM 10:1-5

HAKIM-HAKIM 10:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

Selepas Abimelekh meninggal, Tola anak Pua, menjadi pemimpin untuk membebaskan Israel. Tola ialah cucu Dodo daripada suku Isakhar. Tola tinggal di Samir, di perbukitan Efraim. Dia memimpin umat Israel selama dua puluh tiga tahun. Kemudian dia meninggal dan dikebumikan di Samir. Selepas Tola, bangsa Israel dipimpin oleh Yair. Dia memimpin Israel selama dua puluh dua tahun. Yair berasal dari Gilead. Tola mempunyai tiga puluh orang anak lelaki yang menunggang tiga puluh ekor keldai. Anak-anaknya itu mempunyai tiga puluh buah pekan di wilayah Gilead. Pekan-pekan itu masih disebut pekan-pekan Yair hingga sekarang. Kemudian Yair meninggal dan dikebumikan di Kamon.

Kongsi
Baca HAKIM-HAKIM 10

HAKIM-HAKIM 10:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Selepas kematian Abimelekh, Tola anak Pua anak Dodo, seorang Isakhar, yang tinggal di Samir, di pergunungan Efraim, muncul untuk menyelamatkan orang Israel. Dia memerintah sebagai hakim kepada orang Israel selama dua puluh tiga tahun; kemudian dia meninggal, lalu dikuburkan di Samir. Selepas dia, muncullah pula Yair, daripada bani Gilead, yang memerintah sebagai hakim kepada orang Israel selama dua puluh dua tahun. Yair mempunyai tiga puluh orang anak lelaki, yang menunggang tiga puluh ekor keldai, dan di Tanah Gilead, mereka mempunyai tiga puluh buah kota, yang sampai sekarang dipanggil Hawot-Yair. Kemudian Yair meninggal dan dikuburkan di Kamon.

Kongsi
Baca HAKIM-HAKIM 10
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video