YAKOBUS 4:2-3
YAKOBUS 4:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu mengingini sesuatu, tetapi tidak mendapatnya, maka kamu mahu membunuh. Kamu sangat menghendaki sesuatu, tetapi tidak dapat memperolehnya, maka kamu bertengkar dan berkelahi. Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini, kerana kamu tidak memintanya daripada Allah. Apabila kamu memintanya, kamu tidak mendapatnya, kerana tujuan kamu jahat. Apa yang kamu minta itu untuk kesenangan diri sendiri.
YAKOBUS 4:2-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kamu bŭrnafsu, tapi tiada dapat: maka kamu mŭmbunoh, dan bŭrkahandak akan mŭndapat, tiada kamu pŭrulih: maka kamu bŭrkŭlichi dan bŭrprang, tŭtapi tiada juga kamu dapat, ulih sŭbab tiada kamu minta. Maka kamu mŭminta, tapi tiada kamu mŭndapat, ulih sŭbab salah pintamu itu, kŭrna kahandakmu akan mŭnghabiskan dia dŭngan hawa nafsumu.
YAKOBUS 4:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu berhasrat akan sesuatu tetapi tidak mendapatnya, maka kamu ingin membunuh. Kamu ingin memiliki sesuatu tetapi tidak berjaya, lalu kamu bertengkar dan bergaduh. Kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini kerana kamu tidak memohonnya daripada Allah. Kalau kamu memohonnya sekalipun, kamu tidak mendapatnya, kerana tujuanmu jahat. Kamu memintanya untuk kesenangan diri sendiri.