YAKOBUS 4:13-17
YAKOBUS 4:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang dengarlah nasihatku, hai kamu yang berkata, “Hari ini atau esok kami akan berangkat ke suatu negeri dan tinggal di sana selama setahun untuk berniaga dan mencari wang.” Tetapi apa yang akan berlaku dengan kehidupan kamu esok, kamu tidak tahu! Kamu seperti kepulan asap, yang kelihatan sebentar sahaja lalu lenyap. Kamu seharusnya berkata begini, “Jika diperkenankan Tuhan, kami akan hidup dan melakukan ini atau itu.” Tetapi sekarang kamu sombong dan bercakap besar. Bercakap besar seperti itu salah. Oleh itu, seseorang yang tidak melakukan apa yang baik dan yang harus dilakukan, orang itu berdosa.
YAKOBUS 4:13-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Ingatlah skarang kamu yang bŭrkata, Hari ini, atau esok kami handak pŭrgi kanŭgri anu, dan tinggal disana sa’tahun lamanya bŭrjual bli, dan mŭnchari untong; Tŭtapi tiada kamu kŭtahui apakah kŭlak akan jadi pada esok? Apakah hidopmu itu? Spŭrti wap adanya, yang klihatan sŭbŭntar sahja, kumdian lŭnyaplah iya. Kŭrna patutlah kamu bŭrkata, Jikalau dŭngan kahandak Allah kita kŭlak hidop, mŭmbuat itu atau ini. Tŭtapi skarang kamu mŭmŭgahkan dirimu dŭngan sombongmu; adapun tŭrmasa yang dŭmkian itu jahat adanya. Maka sŭbab itulah barang siapa yang mŭngatahui bŭrbuat baik, maka tiada dipŭrbuatnya itu, iya bŭrdosa adanya.
YAKOBUS 4:13-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang, dengarlah nasihatku, wahai kamu yang berkata, “Hari ini atau esok kami akan bertolak ke sebuah negeri dan tinggal di situ selama setahun untuk berniaga dan mencari wang.” Tetapi kamu tidak tahu apa yang akan terjadi dengan kehidupan esok. Kamu umpama wap, yang kelihatan sejurus lantas lenyap. Sepatutnya kamu berkata demikian, “Kalau diizinkan Tuhan, kami akan terus hidup dan melakukan sekian-sekian.” Sebaliknya kamu angkuh dan bercakap besar. Bercakap besar demikian itu adalah salah. Apabila seseorang tidak melakukan sesuatu yang baik dan sepatutnya dilakukan, maka orang itu berdosa.