YAKOBUS 3:2-8
YAKOBUS 3:2-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita semua sering membuat kesalahan. Jika seseorang tidak pernah membuat kesalahan dengan kata-katanya, dia orang yang sempurna. Dia dapat menguasai seluruh dirinya. Kita memasang kekang pada mulut kuda supaya kuda menuruti kehendak kita. Dengan kekang kita dapat mengendalikan kuda. Demikian juga halnya dengan kapal, meskipun besar dan digerakkan oleh angin yang sangat kencang, namun kapal dikendalikan oleh kemudi yang sangat kecil. Kapal bergerak ke arah yang dikehendaki jurumudi. Demikian juga dengan lidah kita, meskipun kecil, tetapi dapat menyombongkan perkara-perkara yang besar. Bayangkan betapa luasnya hutan yang dapat dibakar oleh api yang sangat kecil! Lidah seperti api. Pada diri kita, lidah seperti dunia yang dikuasai kejahatan, dan menyebarkan kejahatan ke seluruh diri kita. Lidah menghanguskan seluruh hidup kita dengan api yang berasal dari neraka. Manusia dapat menjinakkan dan memang sudah menjinakkan semua makhluk lain - binatang buas, burung, binatang menjalar, dan ikan. Tetapi tidak seorang pun dapat menjinakkan lidah manusia. Lidah itu jahat dan tidak dapat dikuasai, serta penuh dengan racun yang mematikan.
YAKOBUS 3:2-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna dalam banyak pŭrkara kita salahkan sŭmua; maka jikalau kiranya barang sa orang tiada bŭrsalah dalam pŭrkataannya, maka iyalah sa’orang yang samporna adanya, dan bulih mŭmbuboh kang pada sŭgŭnap tubohnya. Lihatlah kami mŭmbuboh kang dimulot kuda, supaya diturotnya akan kami, maka kami mŭmusingkan sagala tubohnya. Lihatlah pula lagi akan sagala kapal itu, maka sungguhpun iya sŭbŭsar itu, dan ditiup ulih angin yang kras itu, tŭtapi dipusingkan sana kamari dŭngan suatu kamudi yang amat kŭchil, barang dimana dikahandaki ulih malim itu. Maka dŭmkian itu juga lidah pun suatu anggota yang kŭchil adanya, maka iya mŭngŭrjakan pŭrkara pŭrkara yang bŭsar. Lihatlah, brapa bŭsar kayu itu dimakan ulih api yang kŭchil itu! Adapun lidah itupun suatu api adanya, maka iya itulah suatu dunia kŭjahatan: maka dŭmkianlah adanya lidah itu diantara anggota kami, iya itu mŭnŭjiskan sagala tuboh, dan mŭnyalakan jintra kajadian itu; dan lagi iya itu dinyalakan ulih naraka. Kŭrna sagala jŭnis binatang, dan burong, dan ular ular, dan sagala pŭrkara yang dalam laut, bulih dijinakkan, dan sudah dijinakkan ulih manusia: Tŭtapi akan lidah itu tiada dapat dijinakkan; maka iya itulah suatu jahat yang tiada dapat diprentahkan, pŭnohlah dŭngan rachun yang mŭmbunoh.
YAKOBUS 3:2-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita semua selalu melakukan kesalahan. Sekiranya seseorang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan melalui tutur katanya, maka dia itu seorang yang sempurna. Dia dapat menguasai seluruh dirinya. Kita memasang kekang pada mulut kuda supaya kuda menurut kemahuan kita. Dengan kekang, kita dapat mengendalikan seluruh tubuh kuda. Begitu juga dengan kapal, walaupun besar dan digerakkan oleh angin kencang, tetapi kapal hanya dikendalikan oleh kemudi yang amat kecil. Kapal bergerak ke arah yang ditentukan oleh pengemudi. Demikianlah dengan lidah kita, walaupun kecil, namun dapat bermegah tentang hal-hal yang besar. Betapa luasnya hutan yang dapat dibakar oleh api yang amat kecil. Lidah laksana api. Lidah kita ibarat dunia yang dikuasai kejahatan dan memenuhi seluruh diri kita dengan kejahatan. Lidah menghanguskan hidup kita dengan api dari neraka. Manusia dapat dan sudah pun menjinakkan makhluk lain — binatang buas, burung, haiwan menjalar, dan binatang-binatang di laut. Akan tetapi, tiada sesiapa pun dapat menjinakkan lidah manusia. Lidah itu jahat, tidak dapat dikuasai, dan penuh dengan racun yang membunuh.