YAKOBUS 3:13-18
YAKOBUS 3:13-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Adakah antara kamu seorang yang bijak dan pandai? Dia harus membuktikannya dengan kelakuannya yang baik, dan melalui kebajikan yang diamalkannya dengan kerendahan hati dan kebijaksanaan. Tetapi jika kamu sangat iri hati dan mementingkan diri sendiri, janganlah berdosa terhadap berita benar daripada Allah, dengan bercakap besar tentang kebijaksanaan kamu. Kebijaksanaan semacam itu tidak datang dari syurga, tetapi berasal dari dunia, daripada tabiat manusia yang berdosa dan daripada roh jahat! Apabila orang iri hati dan mementingkan diri sendiri, maka akan berlakulah kekacauan dan segala macam kejahatan. Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik. Kebaikan adalah hasil daripada benih kedamaian yang ditanam oleh orang yang suka akan kedamaian.
YAKOBUS 3:13-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Siapakah orang budiman dan bŭrisi dŭngan pŭngatahuan diantara kamu, maka biarlah iya mŭnunjokkan deripada klakuannnya yang baik itu sagala pŭrbuatannya dŭngan budi yang lŭmah lŭmbut. Akan tŭtapi jikalau kamu mŭnaroh dŭngki yang pahit itu, dan pŭrbantahan dalam hati kamu, maka janganlah kamu mŭmŭgahkan dirimu, dan janganlah bŭrdusta mŭlawan bŭnar itu. Adapun ini hikmat bukannya datang deri atas, mŭlainkan deri bumi, dan deri hawa nafsu, dan deri iblis. Kŭrna dimana ada dŭngki, dan pŭrbantahan itu, maka disanalah ada kachau dan sagala jŭnis pŭrbuatan yang jahat. Tŭtapi budiman yang deri atas iya itu pŭrtama tama suchi, kumdian pŭrdamiean, dan lŭmah lŭmbut, sŭnang dibicharakan, dan pŭnoh dŭngan kasihan, dan buah buahnya baik, dŭngan tiada pŭrbethaan, dŭngan tiada munafik. Adapun buah buahan kabŭnaran iya itu ditabori dŭngan sŭjahtra ulih sagala orang yang mŭngadakan sŭjahtra.
YAKOBUS 3:13-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Adakah wujud dalam kalanganmu seorang yang bijak bestari? Sifat ini terbukti melalui kelakuan baik dan kebajikan yang diamalkan dengan rendah hati serta bijaksana. Akan tetapi, sekiranya kamu bersikap hasad dengki dan mementingkan diri, janganlah bermegah dengan kebijaksanaan itu atau menafikan yang benar. Kebijaksanaan demikian tidak berasal dari syurga tetapi dari dunia, tabiat manusia yang berdosa, dan roh iblis. Sikap hasad dengki dan mementingkan diri akan menimbulkan kekacauan serta pelbagai kejahatan. Sebaliknya, apabila seseorang memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga, maka dia bersifat murni, mencintai kedamaian, lemah lembut dan ramah-tamah. Dia juga bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Dia tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka. Buah perbenaran ialah hasil daripada benih kedamaian yang disemaikan oleh orang yang mencintai kedamaian.