YAKOBUS 3:1-2
YAKOBUS 3:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku! Sepatutnya beberapa orang sahaja antara kamu berusaha untuk menjadi guru. Kamu tahu bahawa kita yang menjadi guru akan diadili dengan lebih keras daripada orang lain. Kita semua sering membuat kesalahan. Jika seseorang tidak pernah membuat kesalahan dengan kata-katanya, dia orang yang sempurna. Dia dapat menguasai seluruh dirinya.
YAKOBUS 3:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA saudara saudaraku, janganlah kamu bŭrbanyak guru guru, kŭrna kami tŭlah mŭngatahui, bahwa kami akan bŭrulih hukuman yang tŭrlebih brat adanya. Kŭrna dalam banyak pŭrkara kita salahkan sŭmua; maka jikalau kiranya barang sa orang tiada bŭrsalah dalam pŭrkataannya, maka iyalah sa’orang yang samporna adanya, dan bulih mŭmbuboh kang pada sŭgŭnap tubohnya.
YAKOBUS 3:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, seharusnya hanya segelintir daripadamu berusaha untuk menjadi guru. Kamu tahu bahawa kita yang menjadi guru akan diadili dengan lebih keras daripada orang lain. Kita semua selalu melakukan kesalahan. Sekiranya seseorang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan melalui tutur katanya, maka dia itu seorang yang sempurna. Dia dapat menguasai seluruh dirinya.