YAKOBUS 1:22-25
YAKOBUS 1:22-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah tipu diri sendiri dengan hanya mendengarkan firman-Nya. Sebaliknya, lakukanlah apa yang difirmankan-Nya. Seseorang yang mendengar firman Allah tetapi tidak melakukannya, adalah seperti seorang yang melihat dirinya sendiri di depan cermin. Dia menatap dirinya baik-baik, lalu pergi dan langsung lupa akan rupanya. Berita Baik itu hukum Allah yang sempurna dan dapat membebaskan manusia. Seseorang yang mendalami hukum itu dan melakukannya, akan diberkati Allah dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.
YAKOBUS 1:22-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tutapi handaklah kiranya kamu mŭnjadi pŭnurot pŭrkataan itu, bukannya pŭnŭngar sahja, mŭmpŭrdayakan dirimu sŭndiri. Kŭrna jikalau barang siapa mŭnjadi pŭnŭngar pŭrkataan itu sahja, bukannya pŭnurot, maka iya itulah spŭrti sa’orang yang mŭlihat bŭtul gambar mukanya didalam chŭrmin; Kŭrna sŭtlah sudah iya mŭlihat itu, pŭrgilah iya, maka dŭngan sŭbŭntar itu juga tŭrlupalah iya apakah macham orang iya itu. Tŭtapi barang siapa yang mŭnilik akan hukum kabebasan yang samporna itu, dan tŭtap dalamnya, maka sŭbab iya bukannya pŭnŭngar yang lupa, mŭlainkan pŭnurot pŭkŭrjaan itu, maka orang itulah kŭlak akan dibŭrkati dalam pŭrbuatannya itu.
YAKOBUS 1:22-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, jangan tipu dirimu dengan hanya mendengar firman; lakukanlah firman itu. Seseorang yang mendengar firman tetapi tidak melakukannya adalah ibarat orang yang berdiri di hadapan cermin, meneliti dirinya, kemudian pergi dari situ dan terus lupa akan rupanya. Namun demikian, orang yang meneliti hukum yang sempurna, iaitu hukum yang dapat membebaskan manusia, dan melakukannya, akan diberkati dalam segala tindakannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.