YAKOBUS 1:13-16
YAKOBUS 1:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika seseorang tergoda semasa mengalami cubaan seperti itu, dia tidak boleh berkata, “Godaan ini datangnya daripada Allah.” Hal ini demikian kerana Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan Allah sendiri tidak menggoda orang. Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat. Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian. Janganlah kamu tertipu, saudara-saudara yang aku kasihi!
YAKOBUS 1:13-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sa’orang pun janganlah bŭrkata apabila iya dichobai, aku dichobai ulih Tuhan; kŭrna Allah itu tiada bulih dichobai dŭngan kŭjahatan, maka tiada pula iya mŭnchobai barang sa’orang. Tŭtapi sagala orang dichobai itu apabila iya digrakkan ulih hawa nafsunya sŭndiri sampie tŭrtangkap. Maka sŭtlah itu apabila kainginan itu sudah mŭngandong, kumdian dipranakannyalah dosa; maka dosa, apa bila sudah gŭnap, maka dipranakkannyalah maut. Maka janganlah salah saudara saudara yang kukasih
YAKOBUS 1:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, “Godaan ini datang daripada Allah.” Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian. Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terperdaya.