YAKOBUS 1:1-4
YAKOBUS 1:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku sesama umat Allah, yang tercerai-cerai di seluruh dunia. Salam daripadaku, Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus. Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan. Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun.
YAKOBUS 1:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA sŭlam doa Yakob, iya itu sa’orang hamba Allah, dan Tuhan Isa Almasih, datang kapada dua blas suku bangsa orang Israil yang bŭrchŭrie bŭrie. Saudara saudaraku, bilangkanlah kiranya kasukaan bŭsar adanya, apabila kamu jatoh dalam bŭrbagie bagie pŭrchobaan. Sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa pŭrchobaan imanmu itu mŭndatangkan sabar. Tŭtapi biarlah kiranya sabar itu mŭnyampornakan lakunya, supaya kamu kŭlak mŭnjadi samporna dan langkap, suatu pun tiada bŭrkurangan.
YAKOBUS 1:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus, Kepada dua belas suku yang tersebar di serata dunia: Sambutlah salam daripadaku. Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan. Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun.