Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YESAYA 64:5-7

YESAYA 64:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)

Engkau menyambut orang jujur, yang hidup menurut kehendak-Mu. Engkau murka terhadap kami, tetapi kami tetap berdosa. Sekalipun Engkau sangat murka, kami terus-menerus berbuat salah sejak dahulu. Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin. Tiada sesiapa pun berdoa kepada-Mu. Tiada sesiapa pun menghampiri Engkau untuk minta pertolongan. Engkau telah menyembunyikan diri daripada kami, dan membiarkan kami binasa kerana dosa kami.

Kongsi
Baca YESAYA 64

YESAYA 64:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Engkau datang menolong orang yang suka melakukan yang benar, iaitu orang yang mengingati Engkau di jalan-jalan-Mu. Sesungguhnya, Engkau murka kerana kami berbuat dosa. Kami sudah lama sekali melakukannya, masakan kami dapat diselamatkan? Kami semua seperti orang bernajis, dan segala kebenaran kami seperti kain yang tercemar. Kami semua layu seperti daun, dan kesalahan-kesalahan kami menerbangkan kami seperti angin. Tidak ada yang menyeru nama-Mu, yang bangkit untuk berpaut pada-Mu, kerana Engkau menyembunyikan hadirat-Mu daripada kami, dan menyerakkan kami kerana kesalahan-kesalahan kami.

Kongsi
Baca YESAYA 64
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video