YESAYA 64:1-4
YESAYA 64:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Koyakkanlah langit dan turunlah, ya TUHAN! Gunung akan melihat Engkau, lalu gunung bergoncang kerana ketakutan. Gunung akan bergegar seperti air yang mendidih di atas api. Marilah tunjukkan kuasa-Mu kepada musuh-musuh-Mu, dan buatlah bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu. Dahulu Engkau datang melakukan perkara-perkara yang mengerikan, yang tidak kami sangka. Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang kerana ketakutan. Belum pernah sesiapa melihat ataupun mendengar tentang Allah seperti Engkau, yang melakukan perkara-perkara seperti itu bagi orang yang berharap kepada-Nya.
YESAYA 64:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Koyakkanlah kiranya langit lalu turun, sehingga gunung-gunung luluh di hadapan-Mu — seperti api menyalakan semak-semak dan seperti api mendidihkan air. Buatlah nama-Mu dikenal oleh lawan-lawan-Mu, sehingga bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu. Apabila Engkau melakukan hal-hal yang hebat, yang tidak kami sangka-sangka, Engkau turun, dan gunung-gunung luluh di hadapan-Mu. Sejak dahulukala belum pernah orang mendengar, belum pernah telinga menanggapi, belum pernah mata melihat satu Allah selain Engkau, yang bertindak bagi orang yang menanti-nantikan Dia.