YESAYA 63:7-9
YESAYA 63:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan menceritakan kasih TUHAN; aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya. Dia telah memberkati umat Israel dengan berlimpah-limpah kerana rahmat-Nya dan kasih-Nya tidak berkesudahan. TUHAN berfirman, “Mereka umat-Ku; mereka tidak akan menipu Aku.” Oleh itu Dia menyelamatkan mereka daripada segala penderitaan. Bukan utusan ataupun malaikat, tetapi TUHAN sendiri yang menyelamatkan mereka. Demi kasih dan belas kasihan-Nya Dia menyelamatkan mereka. Sejak dahulu Dia telah memelihara umat itu
YESAYA 63:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku hendak memasyhurkan kasih abadi TUHAN, puji-pujian kepada TUHAN atas semua yang dilakukan TUHAN terhadap kita, dan kebajikan besar bagi keturunan kaum Israel yang dilakukan-Nya terhadap mereka menurut kasih sayang-Nya serta menurut kasih abadi-Nya yang berlimpah. Demikianlah firman-Nya, “Sungguh, mereka ialah umat-Ku, anak-anak yang tidak akan berbohong,” maka Dia menjadi Penyelamat mereka. Dalam segala kesesakan mereka, Dia pun turut berasa sesak, dan malaikat dari hadirat-Nya menyelamatkan mereka. Dengan kasih-Nya dan belas kasihan-Nya Dia menebus mereka, mengangkat mereka, dan menggendong mereka sepanjang zaman dahulu.