YESAYA 61:3
YESAYA 61:3 Alkitab Berita Baik (BM)
untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh TUHAN sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.
YESAYA 61:3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
untuk memberi orang yang berkabung di Sion, ya, untuk mengurniai mereka perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar. Mereka akan disebut “Pokok oak perbenaran,” yang ditanam TUHAN supaya Dia dipermuliakan.