YESAYA 56:7-8 - Compare All Versions

YESAYA 56:7-8 BM (Alkitab Berita Baik)

“Aku akan membawa kamu ke Sion, bukit-Ku yang suci. Aku akan memberi kamu kegembiraan di dalam rumah doa-Ku. Aku akan menyambut korban-korban yang kamu persembahkan di mazbah-Ku. Rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi semua bangsa.” TUHAN Raja yang membawa umat-Nya pulang dari pembuangan telah berjanji bahawa Dia juga akan mengumpulkan bangsa lain untuk bergabung dengan mereka yang sudah terkumpul.

YESAYA 56:7-8 AVB (Alkitab Versi Borneo)

mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku. Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku, kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.” Demikianlah firman Tuhan ALLAH, yang mengumpulkan orang Israel yang terbuang, “Aku akan mengumpulkan orang lain lagi di samping mereka yang sudah terkumpul.”