Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YESAYA 56:6-8

YESAYA 56:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)

TUHAN berfirman kepada orang bangsa asing yang telah menjadi sebahagian daripada umat-Nya, yang mengasihi Dia dan berbakti kepada-Nya, yang merayakan hari Sabat serta berpegang teguh pada perjanjian-Nya, “Aku akan membawa kamu ke Sion, bukit-Ku yang suci. Aku akan memberi kamu kegembiraan di dalam rumah doa-Ku. Aku akan menyambut korban-korban yang kamu persembahkan di mazbah-Ku. Rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi semua bangsa.” TUHAN Raja yang membawa umat-Nya pulang dari pembuangan telah berjanji bahawa Dia juga akan mengumpulkan bangsa lain untuk bergabung dengan mereka yang sudah terkumpul.

Kongsi
Baca YESAYA 56

YESAYA 56:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dan orang asing yang mengikatkan diri kepada TUHAN untuk beribadat kepada-Nya, untuk mengasihi nama TUHAN, dan untuk menjadi hamba-Nya, iaitu semua yang memelihara hari Sabat supaya tidak dicemari dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku, mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang suci dan akan Kuberikan kesukaan di dalam rumah doa-Ku. Korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka akan diterima di atas mazbah-Ku, kerana rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.” Demikianlah firman Tuhan ALLAH, yang mengumpulkan orang Israel yang terbuang, “Aku akan mengumpulkan orang lain lagi di samping mereka yang sudah terkumpul.”

Kongsi
Baca YESAYA 56
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video