Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YESAYA 43:22-25

YESAYA 43:22-25 Alkitab Berita Baik (BM)

TUHAN berfirman, “Namun hai Israel, kamu telah bosan dengan Aku, kamu tidak lagi menyembah Aku. Kamu tidak membawa domba sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku; kamu tidak menghormati Aku dengan korban yang kamu persembahkan. Padahal Aku tidak membebani kamu dengan meminta persembahan atau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan. Kamu tidak membeli dupa harum bagi-Ku, ataupun memuaskan Aku dengan lemak binatang yang kamu persembahkan. Sebaliknya kamu membebani Aku dengan dosa kamu; kamu menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu. Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu, dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku. Aku tidak akan mengingat dosa kamu.

Kongsi
Baca YESAYA 43

YESAYA 43:22-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)

“Tetapi engkau tidak berseru kepada-Ku, wahai Yakub, malah engkau berasa penat menghadapi Aku, wahai Israel! Engkau tidak membawa bagi-Ku domba korban bakaran kamu dan tidak memuliakan Aku dengan korban sembelihanmu. Aku tidak membebani kamu dengan menuntut persembahan bahan makanan, dan tidak membuatmu penat dengan menuntut kemenyan. Engkau tidak membeli tebu wangi bagi-Ku dengan wangmu, dan tidak memuaskan Aku dengan lemak korban sembelihanmu. Sebaliknya, engkau membebani Aku dengan dosa-dosamu, dan membuat-Ku penat dengan kesalahan-kesalahanmu. Aku, Akulah Dia yang menghapuskan segala pelanggaranmu demi diri-Ku sendiri, dan tidak lagi mengingat dosa-dosamu.

Kongsi
Baca YESAYA 43
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video