YESAYA 43:20-21 - Compare All Versions

YESAYA 43:20-21 BM (Alkitab Berita Baik)

Bahkan haiwan liar akan menghormati Aku, serigala dan burung unta akan memuji Aku apabila Aku mengalirkan anak-anak sungai di padang gurun, untuk memberikan minuman kepada umat pilihan-Ku. Merekalah umat yang telah Kujadikan milik-Ku sendiri, mereka akan menyanyikan pujian untuk Aku.”

YESAYA 43:20-21 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Binatang-binatang liar akan memuliakan Aku, serigala dan burung unta, kerana Aku mengurniakan air di tanah tandus serta sungai-sungai di gurun untuk memberikan minum umat pilihan-Ku, iaitu umat yang Kubentuk bagi-Ku untuk menceritakan kemasyhuran-Ku.”